Keindahan Al-Quran tidak termaktub pada tartil dan terjemahan sahaja. Keindahan Al-Quran bahkan lebih cantik jika disertakan dengan kefahaman melalui tafsir. Menerusi 14 rujukan kitab terdahulu mahupun kontemporari, terhasillah sebuah naskah sederhana ini bagi menjelaskan Surah- Rahman. Sebuah karya yang berusaha membuktikan bahawa 31 ayat mengenai nikmat Allah itu bukanlah sebuah "pengulangan".