Itu yang berlaku bila kita bertemu dengan fakta-fakta dan ilmu menarik yang mengejutkan minda kita, membuatkan mata kita terbeliak dan kita lalu menempik “Biar betul??!" Ada fakta dan maklumat yang kita tidak pernah terfikir pun sebelum ini. Ia membuka, menarik-narik kotak otak dan memaksa kita untuk mengubahbcara fikir. Dalam buku ini dihimpunkan beberapa persoalan-soalan menarik, trivia, fakta sejarah, soalan remeh tetapi jawapannya sangat kompleks. Benda lain meletup, bahaya. Tetapi kalau otak yang meletup, itu bagus!