100 PSC GULI
MATERIAL: KACA
Permainan guli amat digemari oleh kanak-kanak di merata-rata tempat di Malaysia. Permainan guli, yang juga dinamakan sebagai Kelereng, merupakan permainan tradisional melayu yang digemari oleh kanak-kanak pada masa lapang mereka. Ia biasanya dimain oleh kanak-kanak lelaki yang berumur antara tujuh hingga dua belas tahun. Mereka biasanya bermain di tempat yang teduh. Guli juga, biasanya dimain pada musim panas atau kemarau. Ini kerana pemain mengharapkan tanah kering untuk lubang yang akan digali. Apabila tanah becak, permainan guli tidak seronok kerana buah guli akan menjadi lenget.