HURUF APA YANG TAK BOLEH BERSAMBUNG?
'Faris peninglah mama, macam mana nak sambung huruf د dengan huruf ا atau huruf و ?'
"Sayang, dalam huruf-huruf hijaiyah, ada tujuh huruf memang istimewa sikit yang tidak boleh disambung dengan huruf selepasnya. Contohnya huruf ا,د,ذ,ر,ز,و,ۏ.
Huruf hijaiyah ni kita boleh semak menggunakan ABM EKSPRES JAWI - Flip Flap Suku Kata Terbuka Jawi.
Senang sangat nak guna ABM ni. Ia memudahkan anak-anak MENGENAL huruf hijaiyah dengan MEMBENTUK dan MENYAMBUNG suku kata huruf jawi.
ABM Ekspres Jawi : Flip Flap Suku Kata Terbuka Jawi merupakan alat bantu mengajar dan panduan murid untuk membina suku kata terbuka menggunakan huruf-huruf Jawi dan juga panduan untuk menyambung dua huruf Jawi dalam suku kata tersebut.
KELEBIHAN EKSPRES JAWI
Membantu si kecil menyambung huruf menjadi suku kata jawi
Simbol (+) dan (-) membezakan huruf-huruf boleh disambung atau tidak
Menyelesaikan masalah sambungan suku kata
Penulis merupakan pemenang Anugerah Guru Inovasi Pendidikan Khas, Hari Kualiti Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas Peringkat Negeri Sembilan 2017