Dodol MAMA Halal yang terkenal di Melaka. Kami adalah pengilang dan pengedar terbesar di Melaka yang membuat dodol dan wajik. Dodol dibuat menggunakan gula melaka yang asli.
Ketika melawat Melaka, jangan lupa beli buah tangan balik. Tapi apa yang wajib dibeli?
Tentulah makanan tradisional, terutamanya dodol. Dodol sangat terkenal di Melaka. Dodol berjenama 'MAMA'. Masih menggunakan ramuan tradisional iaitu adalah campuran tepung pulut, santan, gula Melaka asli dan gula pasir untuk menghasilkan dodol.
Ia memakan masa kira-kira 8 jam dari mula membancuh, memasak sehingga siap sebelum dibungkus. Hasilnya adalah dodol yang lembut dan melekit yang cair terus di dalam mulut.
Dodol MAMA boleh didapati dalam 7 perisa iaitu perisa asli, durian, strawberi, pandan, laici, kopi dan jagung. Rasanya enak dan mampu menambat selera sesiapa sahaja.
•Keluaran Bumiputera
•Produk Muslim
•Sijil Halal (Jakim)
•Tiada bahan pengawet & pewarna tiruan.
MAKLUMAT TAMBAHAN:
Jika terdapat perbezaan warna kerana dipengaruhi pencahayaan.