Kebanyakan pelajar tidak memberi penekanan terhadap kepentingan aspek tatabahasa dan struktur ayat. Lantaran itu tidak mustahil pencapaian bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar terutamanya bangsa Melayu (di luar bandar) masih lagi rendah, sedangkan penguasaan bahasa Inggeris amat penting bagi membolehkan pelajar berkenaan bersaing dalam era teknologi maklumat. Justeru itu, kita perlukan kesedaran atau perubahan psikologi iaitu pemikiran bahawa kita kini memerlukan bahasa Inggeris seiring dengan bahasa Malaysia.