About this product
- Bahasa:Bahasa Melayu
- Jenis Halaman Kulit:Kertas kerja
- Penerbit:Tentang Kita
- Brand:Tentang Kita
Product description
Ada luka bertahun-tahun dulu yang tak pernah dibebat dan dirawat. Dan hari ini, ia masih berdarah; dan darahnya masih pekat dan basah. Orang bertanya, "Itu apa?", jawabnya mudah, "Itulah trauma."
Beberapa hal tentang trauma dari sudut psikologi, tersulam dengan catatan-catatan perasaan seoarang Izzat Akmal (advokat kesihatan metal, PhD dalam jurusan psikologi), dan semestinya seperenggan kisah cinta dan luka; menjadi buku ini terangkum sempurna... meski di hujungnya, ada hati yang masih patah.
Kita belajar mengutip kekuatan dari trauma masa lalu; jadikan ia benih yang ditanam, sebelum ia tumbuh mekar di dalam diri kita yang baru.
"Ada hal yang kita rindu tetapi ia hanya untuk dikenang, bukan untuk diulang." - Izzat Akmal.
Hari akan berlalu, tetapi tak semua patah akan tumbuh, dan tak semua hilang berganti. Memang begitulah akhirnya.
Kita cuma harus belajar untuk hidup dengan kesedihan yang dalam itu. Kita akan berkawan dan berteman dengannya. Ia adalah senarai memori yang berat, tetapi sekurang-kurangnya kita tetap mahu ada cara untuk mengenangnya, antaranya lewat air mata.
Lalu Allah SWT menyebutkan kepada jiwa yang tenang, pulanglah. Kembalilah kepada Tuhan yang selalu mendengar.
Ketika dunia menekan kita dari pelbagai arah, al-Quran datang menawarkan cara untuk menyerah.
Ketika dunia memaksa kita untuk menjadi terlalu peduli dengan semua hal dan peristiwa, al-Quran datang membimbing kita untuk bertenang, dan cintailah diri sendiri sedalamnya.
Ketika dunia menjadi tidak adil, al-Quran memberitahu kita bahawa ketidakadilan di dunia hanya boleh dipatahkan oleh keadilan syurga.
Ketika dunia menyuruh kita berlumba-lumba, al-Quran menyuruh kita untuk berehat dan percaya dengan takdir yang telah disusun buat kita.
Begitulah, sesakit apapun dunia menampar kita, al-Quran sentiasa menawarkan cara untuk kita berbahagia. Dan segala sakit akan sembuh, segala resah akan reda.
Ada waktu, kita merasakan seperti tiada siapa yang memahami diri kita. Setiap kali cuba diceritakan apa yang tersimpan di hati, orang akan gelakkan atau masalah kita diperkecilkan.
Di saat kita merasakan tiada yang memahami, ingatlah bahawa Tuhan tahu apa yang disembunyi. Surah al-Syarh sudah lama menunggu kita.
Bacalah dan renungilah. Implementasikannya dalam hidup.
Dan semua yang sesak akan perlahan reda.
Seperti Nabi Muhammad SAW juga seorang manusia, kita juga pasti pernah berada pada titik terendah, selayaknya seorang manusia.
Maka, turunnya Surah Dhuha adalah untuk Rasulullah SAW kembali mengingati akan pujukan Allah bahawa baginda tidak pernah sendiri, Allah sentiasa ada untuk memberi pertolongan, untuk memberi petunjuk.
Dan untuk aku dan kamu, ingatlah bahawa Allah sentiasa ada. Renungilah hikmah Surah Dhuha ini, dan insya-Allah kita akan baik-baik saja.