Product description
Siri ini mengajar kanak-kanak membaca dengan kaedah fonemik. Kanak-kanak akan belajar membaca melalui pentafsiran bunyi yang dilambangkan oleh gabungan huruf dalam sesuatu perkataan. Kanak-kanak akan lebih yakin dalam proses pembacaan mereka setelah mereka dapat menguasai kemahiran mentafsir bunyi melalui kaedah ini.
Siri ini terdiri daripada 4 buah buku teks dan 4 buah buku aktiviti ( Buku Aktiviti - dijual berasingan) yang disusun secara berperingkat agar kanak-kanak dapat menguasai kemahiran membaca dan menulis dengan lebih efektif. Pembelajaran secara berperingkat ini juga akan menjadikan kanak-kanak lebih mudah belajar dan faham serta menambahkan keyakinan mereka.
Setiap buku disertakan dengan suku kata dan perkataan-perkataan mudah sebagai asas pembacaan. Ayat-ayat mudah juga disertakan sebagai latihan tambahan dan mengukuhkan lagi aktiviti pembacaan.