Jute Bag dengan saiz yang lebih besar dan terdapat 5 warna pilihan iaitu biru, merah, hijau, orange dan beige. Pelbagai corak pilihan disediakan menggunakan kaedah heat press untuk gambar yang lebih jelas dan terang. Selain itu, huruf jawi juga disediakan untuk menambahkan kesan yang unik pada beg anda.
Stok tersedia dan boleh dihantar segera. Jangan ragu-ragu untuk menghubungi kami jika ada sebarang pertanyaan mengenai produk ini.
Beg ini sangat sesuai digunakan sebagai tote bag harian anda kerana saiznya yang besar serta poket canvasnya yang berguna untuk menyimpan barang-barang kecil seperti telefon bimbit atau dompet anda. Beg ini juga sesuai digunakan sebagai hadiah atau cenderamata kerana coraknya yang pelbagai serta kualitinya yang tahan lama.