Dengan ekstrak propolis yang terdapat di dalam foundation ni, kulit korang bukan setakat nampak cantik atas dasar solekan. Kulit korang juga akan nampak cantik sebab dirawat pada masa yang sama.
Oh! Woww! Siapa sangka kan ada makeup yang boleh merawat pada yang sama. Biasa orang akan kaitkan makeup ni punca kulit rosak. Kulit rosak sebenarnya berpunca dari makeup yang tak cuci dengan betul.
Ekstrak propolis mempunyai kebaikkan seperti:
⬡ Bertindak sebagai anti-radang & anti-bakteria
⬡ Mengawal penghasilan sebum
⬡ Mengekalkan kelembapan kulit
⬡ Kaya dengan antioksidan yang melindungi kulit dari radikal bebas
⬡ Membantu meningkatkan penghasilan kolagen
Korang boleh dapatkan semua kebaikkan ni dalam 1 botol foundation.