tinggi kandungan zat besi dan gula semula jadi yang sangat bermanfaat untuk mengekalkan kesihatan tubuh badan. Buah ini terdiri daripada pelbagai khasiat kalsium, magnesium, kalium, serta vitamin-vitamin. Antaranya seperti vitamin A, vitamin B kompleks, vitamin C, Vitamin K dan sebagainya. Selain itu, Kurma Rotab Bam juga mempunyai kandungan rendah lemak dan tinggi dalam serat dan protein, yang menjadikannya snek yang sihat. Antara kebaikan-kebaikan kesihatan Kurma Rotab Bam yang boleh anda peroleh adalah seperti berikut:
Mengandungi beberapa mineral termasuk fosforus, kalium, kalsium dan magnesium yang menghalang osteoporosis. Malah, kurma adalah antara makanan yang paling berkesan untuk mencegah osteoporosis iaitu keadaan kesihatan yang melemahkan tulang, menjadikannya rapuh dan lebih cenderung untuk patah.
Membantu meningkatkan kesihatan otak. Oleh itu, pemakanan kurma terutamanyadalam kalangan kanak-kanak yang membesar adalah disyorkan untuk perkembangan sistem saraf dan otak yang lebih baik. Bagi orang dewasa pula, Kurma Rotab Bam membantu fungsi sistem saraf badan.
Ia mempunyai banyak zat besi yang menggalakkan pertumbuhan dan kekuatan rambut. Malah, kita tahu Kurma Rotab Bam sebagai salah satu sumber utama bekalan zat besi yang diperlukan oleh tubuh.
Oleh kerana indeks glisemik (Glycemic Indeks, GI) yang rendah dan juga gula semula jadi kurma ini, memakannya untuk pesakit kencing manis adalah selamat. Malah, kurma dianggap sebagai pengganti gula. Amatlah penting mengamalkan pengambilan secara sederhana dan mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu bagi pesakit kencing manis.
Oleh kerana seratnya yang tinggi, ia membantu merawat sembelit dan fungsi normal sistem penghadaman badan.
Kandungan kalium yang tinggi dalam komposisi khasiat buah kurma juga boleh dianggap sebagai rawatan untuk cirit-birit.
Pengambilan buah kurma sebanyak sebiji dua setiap hari turut membantu menurunkan kolesterol.