Product description
DISH DROPS CECAIR PENCUCI PINGGAN MANGKUK PEKAT
Cecair Pencuci Pinggan Mangkuk Pekat DISH DROPS diperbuat daripada surfaktan yang lembut dan ekstrak aloe vera untuk melindungi kulit anda dan alam sekitar. Ia cukup berkuasa untuk menanggalkan gris serta kotoran yang sudah kering dengan mudah. Pencuci pinggan ini menghasilkan buih sabun yang banyak dan tahan lama — kualiti produk yang berpatutan dengan harganya.
CECAIR PENCUCI PINGGAN MANGKUK YANG SANGAT PEKAT DAN BERKUASA
Cecair Pencuci Pinggan Mangkuk Pekat DISH DROPS ialah cecair pencuci pinggan mangkuk yang sangat pekat dan berkuasa untuk pembersihan yang berkesan. Pencuci pinggan ini diperbuat daripada sumber semula jadi yang selamat untuk kegunaan harian. Ia bukan sahaja memberikan kebersihan yang berpanjangan, malah juga meninggalkan aroma sitrus segar untuk mengawal bau.
PEMBERSIHAN BERKESAN DAN LEMBUT PADA TANGAN ANDA
Cecair Pencuci Pinggan Mangkuk Pekat DISH DROPS diperbuat daripada rumusan terbiodegradasikan yang baik terhadap alam sekitar, dan diuji oleh pakar dermatologi supaya lembut pada tangan. Cecair ini mengandungi aloe vera yang melembutkan dan melegakan, botani shiso yang antiradang dan asid alfa- hidroksi untuk melindungi tangan anda. Dapatkan pencuci pinggan yang berkesan dan mampu menghilangkan kotoran dengan hanya satu titik sahaja!
Jika anda menggunakan Cecair Pencuci Pinggan Mangkuk Pekat Dish Drops dengan span:
-Cairkan satu bahagian dengan 1-5 bahagian air ke dalam Botol Picit AMWAY HOME.
-Picit sedikit larutan yang diperoleh pada span.
-Basuh pinggan mangkuk, kemudian bilas dengan air.
Jika anda mencuci dalam singki/besen:
-Isikan singki dengan lima liter air suam.
-Tambah 3ml (sama dengan satu pam pendispens penuh) Cecair Pencuci Pinggan Mangkuk Pekat Dish Drops.
-Basuh pinggan mangkuk, kemudian bilas dengan air.
Jika anda mencuci sayur-sayuran/buah-buahan:
-Cairkan 1ml produk di dalam lima liter air, rendam sayur-sayuran atau buah-buahan selama beberapa minit (tidak lebih daripada 5 minit).
Untuk mengekalkan span dan tuala dapur dalam keadaan yang bersih:
-Bilas span/tuala dapur dengan air panas selepas digunakan.
-Tambah ¼ penutup penuh, atau dua pam, dari Pam Pendispens AMWAY ke span/tuala dapur, perah untuk meratakan produk dan biarkan sehingga kegunaan yang seterusnya.
NASIHAT/LANGKAH KESELAMATAN
-Elakkan dari terkena mata.
-Jauhkan daripada kanak-kanak.
Tutup penutup dengan ketat selepas digunakan.
Jangka hayat produk ini adalah tiga tahun dari tarikh pengeluaran. Tarikh pengeluaran dicetak pada bungkusan produk.
Sodium Lauryl Ether Sulfate, Cocamidopropyl Betaine, Ethoxylated Alcohol, Ekstrak Aloe Vera dan Shiso.
PENAFIAN/NASIHAT UNDANG-UNDANG
-Produk ini tidak bertujuan untuk pencegahan dan rawatan penyakit.
-Produk ini telah diimport mengikut peraturan tempatan.