Bestnya Doa
Buku Bestnya Doa ini mengandungi 33 doa harian untuk diamalkan oleh anak-anak. Bestnya Doa ini adalah alat bantu mengajar bagi ibu bapa memupuk persekitaran yang berakhlak dan beradab sesama keluarga. Dengan aktiviti baca dan hafal beserta kandungan yang penuh komik dan infografik, kami tim Siri Bestnya percaya ia dapat menarik minat anak-anak membudayakan pembacaan doa dalam kehidupan seharian mereka.
Bestnya Solat
Bestnya Solat adalah sebuah buku panduan rukun dan bacaan dalam solat yang dipersembahkan dalam bentuk komik dan infografik beserta ilustrasi watak yang comel. Fateh menerima hadiah dari ibu buku Bestnya Solat dan belajar cara-cara menunaikan solat dengan baik dan sempurna. Buku ini mampu membuatkan hati anak-anak anda meronta-ronta mahu belajar solat!
Siapa yang ada anak kecil berumur 6-10 tahun?
Haa.. Umur ni Rasulullah s.a.w. kata sudah jadi kewajipan untuk anak-anak kita untuk belajar solat.
Sebab apabila umurnya sudah matang esok, sudah jadi berdosa kalau mereka tak laksanakan rukun Islam kedua ni tau.
Antara kelebihan buku ini:
1. Penuh warna dan infografik
2. Diceritakan dalam bentuk komik yang comel
3. Ketelitian pada konten, teks arab, aturan, ilustrasi dan semakan
Bestnya Puasa
Antara kelebihan buku Bestnya Puasa! ini adalah:
1. Grafik yang menarik dan berwarna-warni.
2. Jalan cerita yang menyeronokkan bagi kisah Fateh dan keluarganya.
3. Penjelasan ringkas tentang hukum-hakam puasa, fadhilat puasa, fadhilat bulan Ramadan. Kesemuanya merujuk kepada kitab-kitab hadis yang muktabar di sisi Ahlus Sunnah dan pendapat fiqh dalam mazhab Syafie.
4. Mempunyai doa-doa yang diajar oleh Nabi Muhammad SAW dan yang dibaca oleh para ulama.