[COMBO] Memoir Abdullah CD Cetakan Ulang Tahun ke-100 (Bahagian Pertama-Ketiga)
Sold by Gerakbudaya
5(1)
1 sold
Select options
Select
Shipping
From RM4.90
Est. delivery by Jun 1 - Jun 6
Customer reviews (1)
E**G
Item: Default
Brg sampai dalam keadaan baik dan selamat. Bungkusan sngt kemas dan penghantaran cepat
October 26, 2023
Gerakbudaya
1,280 items
Shop performance
Better than 90% of other shops
Ships within 2 days
87%
Responds within 24 hours
100%
Product description
Bahagian pertama:
Memoir Abdullah CD: Zaman Pergerakan sehingga 1948 ialah sebuah karya yang dihasilkan oleh salah seorang tokoh besar pejuang kemerdekaan. Ia ditulis dari perspektif beliau yang menceburkan diri dalam perjuangan ini sejak sebelum Perang Dunia Kedua dan seterusnya. Buku ini mengisahkan keluarga dan kampung halaman beliau di Perak, zaman persekolahan dan penglibatan dalam politik sebelum Perang, pendudukan Jepun dan hubungan antara kaum yang tegang selepas itu serta bagaimana beliau terlibat mendamaikan konflik yang berlaku. Zaman selepas Perang memang bergolak dengan gerakan anti-penjajah untuk kemerdekaan yang semakin bergelora. Penubuhan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) pada Oktober 1946 dan gerakan-gerakan kiri lain seperti gerakan buruh, tani, pemuda dan wanita menyemarakkan api perjuangan untuk kemerdekaan. Peranan penulis dalam gerakan-gerakan ini sehingga meletusnya Darurat pada Jun 1948 dikisahkan dengan cermat. Diharapkan buku ini dapat menyumbang sedikit sebanyak kepada usaha penulisan kembali sejarah tanah air kita dan mengisi ruang-ruang sejarah yang dipinggirkan sebelum ini. Diharap ia dapat membantu para pelajar dan pengkaji sejarah untuk berfikir dan melihat daripada perspektif yang berlainan, dan membuat tafsiran yang lebih saksama terhadap para pejuang anti-penjajah yang berada dalam wadah kiri termasuk di dalam Parti Komunis Malaya.
Bahagian Kedua
Memoir Abdullah CD: Penaja dan Pemimpin Rejiman Ke-10 secara khusus memfokuskan kepada perjuangan bersenjata menentang penjajah British untuk kemerdekaan Malaya yang bermula pada bulan Jun 1948. Secara umum bolehlah disimpulkan perjuangan bersenjata anti-British adalah akibat wajar dari penindasan British secara kekerasan ke atas pergerakan rakyat yang berjuang menentangnya. Juga ia hasil kesedaran nasional dan patriotik rakyat Malaya yang mula berkembang sejak tahun 1930-an. Perang Dunia Kedua telah mempertingkatkan kesedaran tersebut ke tahap yang lebih tinggi. Selepas tamat perang tersebut, gerakan kemerdekaan yang diterajui oleh PKM, PKMM, API, AWAS, BTM, kesatuan-kesatuan buruh dan lain-lain terus berkembang. Sesuai dengan tajuk Penaja dan Pemimpin Rejimen Ke-10, Abdullah CD tidak hanya menubuhkan Rejimen Ke-10, tetapi juga telah memimpin pasukan itu melancarkan perjuangan susah payah menentang kekuasaan penjajah British. Pada tahun 1953, beliau memimpin pasukan Rejimen Ke-10 menempuh berbagai rintangan dan tiba di kawasan sempadan Malaya-Thai dengan jayanya. Sejak itu beliau pula bertungkus lumus memimpin pasukan membangun basis kawasan sempadan demi meneruskan perjuangan sehinggalah wujudnya perjanjian damai di Hadyai pada 2 Disember 1989.
Bahagian Ketiga
Memoir Abdullah CD: Perjuangan di Kawasan Sempadan sehingga Perdamaian Terhormat ialah jilid ketiga dan terakhir siri memoir Abdullah CD. Buku ini menunjukkan pasukan Rejimen Ke-10 menjadi sebuah pasukan yang benar-benar teguh dan tabah memperjuangkan cita-cita kemerdekaan. Di akhir tahun 1950-an hingg