Product description
πππ ππππππ π½πΌππ πππππΌπ π¨ππ¨πͺππ πͺπ£π©πͺπ π πππͺπ£πππ£ πππͺ πππ‘ππ£ππ ππ£ π¨ππ ππ© πͺπ§ππ©/π¨ππ£ππ/π¨ππ£πππ‘ πππππ£
Tungku Batu Sungai telah lama digunakan sejak turun-temurun untuk amalan ibu selepas melahirkan anak.
Bertungku bukan sahaja untuk wanita dalam pantang tetapi boleh juga digunakan untuk melegakan kaki kebas.
CARA MENGGUNAKAN TUNGKU BATU SUNGAI:
1. Panaskan tungku batu sungai di atas dapur dengan api yang kecil. Elakkan menggunakan api yang panas supaya batu tidak merekah. Ketahanan haba lebih berpanjangan jika dipanaskan dengan api yang kecil kerana haba akan meresap dengan baik ke dalam batu dengan api yang kecil. (SANGAT PENTING!)
2. Tunggu dalam 10 ke 15 minit dipanaskan dan tutup api. Selepas itu biar seketika dalam 2-3 minit dan kemudian masukkan ke dalam sarung tungku dan ikat dengan kemas sarung tungku tersebut.
3. Ibu boleh juga masukkan terlebih dahulu daun mengkudu atau daun sireh atau daun pandan ke dalam sarung sebagai pelapik batu panas untuk mengelakkan sarung terbakar. Kemudian masukkan tungku dan ikat.
Berat batu sungai adalah bergantung pada saiz batu tersebut. Chat kami jika anda ada preference berat batu.