Step Paling Mudah Tanam Jagung Manis
Hasil jagung ISI PADAT
1. Tanam dalam petak tanaman guna tanah campuran. Nisbahnya 2 bahagian tanah + 1 bahagian pasir + 1 bahagian organik. Anda juga boleh tanam dalam pasu dan polybeg.
2. Benih jagung 3 hari bercambah. Cara hanya rendam 1 malam dengan air tanpa klorin dan semaikan dalam cocopeat.
3. Semua benih mula bercambah selepas 3 – 5 hari lepas tanam. Pindah ke anak pokok ke dalam pasu/polybeg atau batas tanaman.
4. Bila anak benih dah tumbuh, siram dengan air setiap pagi dan petang.
5. Umur 10 hari dah boleh start baja. Guna kaedah terus tabur berdekatan pangkal pokok lebih kurang 1pokok 1 sudu makan. Tabur jangan terlalu rapat. . Guna baja subur NPK
6. Ulang langkah membaja di atas setiap 2 kali seminggu hingga pokok berusia 20 hari.
7. Kawalan serangga dan kulat juga perlu dibuat bermula umur pokok 10 hari. Guna apa saja jenis ravun organik samaada yang dibeli atau buatan sendiri. Seeloknya sembur pada awal pagi.
8. Ulang langkah semburan racun serangga setiap 2 kali seminggu hingga hasil boleh tuai. Perhatian jika pokok tidak diserang serangga. Elak guna racun.
9. Bila pokok umur 20 hari, kekerapan membaja perlu di buat dengan membaja setiap 1 minggu sekali. Baja sehingga pokok berusia 1 bulan.
10. Bila pokok berusia 31 hari, tabur dengan baja Buah NPK biru. Untuk tumbesaran buah jagung yang isinya padat. Baja buah setiap seminggu sekali.
11. Biasanya antara 60– 70 hari lepas tanam. Jagung sudah boleh di tuai.