Product description
Tajuk: Seni Menghargai Diri
Dimensi (cm): 21cm x 14.5cm x 2.5cm
Adakah penghargaan anda kepada diri sendiri mencapai tahap yang memuaskan?
Ataupun adakah anda sering keletihan dan mudah marah kerana hal remeh-temeh, sering memulakan pertengkaran dengan pasangan kemudian menyesal, terlalu takut menghadapi perpisahan walaupun sering bertemu dengan individu yang salah.
Seni Menghargai Diri adalah sebuah karya bantu diri yang ditulis oleh seorang pakar psikologi dari Korea Selatan, Dr. Yoon Hong Gyun. Buku ini merangkumi pelbagai teknik dan kaedah meningkatkan estim diri dan impaknya dalam kehidupan. Antaranya:
-Salah faham konsep menghargai diri
- Kaitan hubungan romantik dengan keyakinan diri remaja
-Panduan pengendalian tingkatan emosi
-Langkah demi langkah meningkatkan keyakinan
Tajuk: Bicara Itu Ada Seninya
Dimensi (cm): 21cm x 14.5cm x 2cm
Kemahiran berkomunikasi adalah kayu ukur persaingan dalam kehidupan hari ini. Oh Su Hyang, pakar komunikasi terkemuka di Korea Selatan, tampil menghasilkan buku mengenai pelbagai teknik komunikasi yang berharga.
Namun, apakah yang dimaksudkan dengan kemahiran berkomunikasi yang baik? Ia bukan sekadar menyebut perkataan dengan jelas, malah mampu menggetarkan jiwa para pendengar.
Ucapan seorang juara memiliki daya tarikan. Ucapan seorang pengacara majlis mampu menghidupkan suasana. Bagi mencapai objektif komunikasi, pujukan dan negosiasi, anda perlukan beberapa metode yang efisien.
Buku ini dihasilkan untuk dipraktikkan oleh sesiapa sahaja. Anda dapat belajar daripada pengalaman-pengalaman orang terkenal dan menguasai rahsia mereka. Dengan komitmen dan kesungguhan, kita pasti dapat menguasai kemahiran berkomunikasi dan menghasilkan impak yang positif.