Trma ksh perhntran laju trbaik...sempat guna umpn torak egi hari..trbaik.smga ad manis2 mlm nie
May 1, 2024
a**h
Item: RH
Fast service by seller..all item received as advertised
March 15, 2024
s**o
Item: GN
Barang sampi dgn pantas.... Sellr terbaek.... Laju seperti sotong tora makn umpn🤣🤣🤣
July 22, 2023
M**n
Item: RH
Tq sellers. Barang sudah sampai dgn Selamat. Sangat berpuas hati. Sangat cepat penhantaran dlm 3 hari sudah di terma
June 17, 2023
🚍**) M**🚍 **
Item: RH
Ade penampakan torak dr.braid di situ..ready to menyutun..😆 😆
June 14, 2023
D**0
Item: GN
Barang sampai dengan selamat...trima kasih...terbaik
June 14, 2023
r**7
Item: PK
killer rare. penghantaran pantas. Terbaik seller
May 26, 2023
a**i
Item: PK
barang jadi, nanti pancing review lg 1 kali
July 7, 2023
z**4
Item: PK
Brg cepat smpai.....pakeging pun kemas...brg diterima dlm keadaan yg memuaskan terbaik seller....👍
May 27, 2024
P**e
Item: PK
Barang dah smpai terbaik
May 18, 2024
P**y
Item: PK
Manntappp barang baik 🎣🐙
May 7, 2024
M**i
Item: RH
Barg cept sampai... Brg pwon cun2 je.. tq
August 24, 2023
c**m
Item: RH
Very fast delivery. Barang panassss
June 26, 2024
c**m
Item: YLW
Very fast delivery. Barang panassss
June 26, 2024
z**i ** A**g
Item: PK
Barang rare grab oiii. Rugi tk grab
May 29, 2023
A**a
Item: PK
Laju. Hari ni oder, esok sampai👏👏👏
August 13, 2023
A**a
Item: Twist 100g RH
Laju. Hari ni oder, esok sampai👏👏👏
August 13, 2023
F**n
Item: YLW
TERBAIK saller.. barang dah sampai
June 5, 2023
R**k
Item: PK
Mantap
July 16, 2023
drbraidfishing
38 items
Shop performance
Better than 88% of other shops
Ships within 2 days
98%
Responds within 24 hours
100%
About this product
Branddr.braid
Product description
️Dr.Braid Torak Egi Sutte ini merupakan produk keluaran terbaru dari Dr.Braid Fishing setelah hampir setahun melalui proses ujian lapangan dan berpuas hati dengan prestasi dan hasil tangkapan.Sila rujuk video yang disertakan diatas untuk melihat effect kain,effect kilat dan effect glow in the dark pada candat ini.
️Candat ini direka dan dihasilkan untuk memberi alternatif kepada pemancing terutamanya penyandat sotong yang sebelum ini tiada pilihan mendapatkan jenama candat sotong lain yang terbaik dan lebih murah berbanding candat sotong jenama Jepun Duel dan Yozuri yang telah lama mendominasi industri candat sotong di Malaysia kerana keberkesanannya dalam memikat sotong.
️Candat terbaru Dr.Braid Torak Egi Sutte ini telah diuji bersama-sama candat jenama Jepun Duel dan Yozuri dan ternyata candat Dr.Braid Torak Egi Sutte ini tidak mengecewakan dan boleh dikatakan setanding dan sama efisyen dan efektif ketika proses ujian lapangan serta berjaya memikat sotong lebih kurang sama banyak dengan mereka yang menggunakan candat jenama Jepun yang lebih mahal harganya iaitu Duel & Yozuri.
️Kelebihan utama yang ada pada candat Dr.Braid Torak Egi Sutte ini adalah kain yang digunakan pada candat ini sangat tahan lasak dan lebih tebal.Setelah diuji beberapa trip candat tahun lalu dengan menggunakan satu candat yang sama,kainnya masih kekal tahan dan langsung tidak terkoyak walaupun telah dihinggap dan digigit sotong banyak kali.Jadi selagi candat tidak putus,candat ini masih boleh digunakan untuk jangka masa yang lama dan ternyata dapat menjimatkan duit.
️Kelebihan lain candat Dr.Braid Torak Egi Sutte ini adalah badan candatnya tetap mempunyai kesan glow in the dark yang terang walaupun badan candat dibaluti kain khas yang lebih tebal.
️Selain kesan glow in the dark, kain pada candat Dr.Braid Torak Egi Sutte ini juga mempunyai jalur “blink-blink” yang sangat berkilat untuk menarik perhatian sotong.
️Saiz keseluruhan candat ini juga sangat ideal iaitu 80mm (termasuk mata candat) dengan berat 6g yang merupakan saiz dan berat yang sama digunakan pada candat-candat jenama Jepun yang popular seperti Duel & Yozuri.
️Ada dua cara setup yang efektif yang boleh digunakan untuk candat Dr.Braid Torak Egi Sutte ini dan ianya ada diterangkan di bahagian belakang kotak candat ini supaya mudah untuk pemancing untuk membuat setup yang terbaik.
️Ada 5 warna pilihan seperti didalam gambar dan kelima-lima warna ini merupakan warna candat yang popular di perairan Malaysia seperti di Terengganu,Mersing,Rompin,Tioman,Kuantan,Sabah,Sarawak dan lain-lain spot mencandat sotong torak.
️Harga yang ditawarkan pula adalah RM19.00 seekor dan ternyata berbaloi dengan kualiti kain dan prestasi yang ditawarkan.