About this product
CiriLut Udara,Fleksibel,Ringan,Kalis air,Tahan Licin
Jenis KulitKulit Lembu
Product description
Kasut trafik merupakan kasut buatan tangan yang dibuat dengan tangan secara manual, menggunakan kemahiran dan teknik tradisional. Proses pembuatannya unik dan mutu kerjanya lebih teliti digabungkan dengan penggunaan bahan berkualiti tinggi serta direka bentuk dengan sentuhan artistik yang lebih peribadi dan kesenian kreatif.
Kasut Trafik 5010 berfungsi melindungi kaki dari luka teruk ketika berlaku kemalangan. Ianya 100% diperbuat daripada kulit lembu malah tiada campuran PVC.
Seterusnya, kulit yang tahan lasak tak mudah koyak kecuali kena benda tajam. Velcro dan zip dapat menghalang kasut tercabut dari kaki semasa berlaku kemalangan.
Disamping itu, bahagian dalam lembut memberi keselesaan apabila dipakai. Jika tidak memakai stokin pun selesa.
Selain itu, reka bentuk yang sesuai dipakai untuk kerja harian atau aktiviti konvoi. Hasil buatan tangan yang teliti serta selamat diguna pada waktu malam kerana bahagian kasut dikelilingi reflector.
Keselesaan: Kasut Safety Motor 5010 Mid 6″ Kulit berkualiti mempunyai tapak kusyen dan bentuk ergonomik yang membolehkan kaki berasa selesa walaupun selepas penggunaan yang lama. Fabrik khas kasut trafik itu juga bertujuan untuk mengurangkan kelembapan dan peluh pada kaki, menjadikannya sesuai digunakan dalam cuaca panas.
Tahan Lasak: Bahan kasut yang digunakan untuk kasut trafik seperti kulit berkualiti tinggi membolehkan ia bertahan lama dan tidak cepat haus. Kasut ini juga kalis air dan habuk, menjadikannya sesuai untuk kegunaan luar.
Strip Reflektif: Kasut trafik ini dilengkapi dengan bahan reflektif atau jalur pemantul di sekeliling perimeter kasut. Jalur pemantul boleh memantulkan cahaya kenderaan atau sumber cahaya lain, jadi kasut dan pemakainya lebih mudah dilihat dan dikenal pasti oleh orang lain di sekelilingnya yang biasanya ketika berada di tempat kerja atau jalan raya.
-Diperbuat daripada 100% kulit lembu asli yang tiada campuran PVC
-Tahan lasak kerana kulit yang tidak mudah koyak kecuali terkena benda tajam
-Mempunyai sistem Velcro dan Zip bagi menghalang kasut tercabut dari kaki semasa berlaku kemalangan
-Sesuai digayakan untuk kerja keselamatan atau konvoi dan bahagian dalam lembut dapat memberi keselesaan apabila dipakai