light
TikTok Shop Malaysia logo
Search
1/2
RM29.00

NOVEL GRAVITI Karya R'ANS

Sold by Kaseh Aries Publication
7 sold

Select options

Select

Shipping

From RM4.90
Est. delivery by Apr 17 - Apr 20
Kaseh Aries Publication
103 items
Shop performance
Better than 88% of other shops
Ships within 2 days
77%
Responds within 24 hours
100%

Product description

Raihan Nasuha, tidak ubah bagaikan berlian Kohinoor yang sentiasa dikawal ketat. Hendak mendekati R’an, kena lalui barisan pengawalnya yang terlalu protective.
Jade, si pemuda nakal dan ceria, tidak ubah seperti Robin Hood yang cuba mahu mencuri berlian Kohinoor yang dikawal rapi itu.
“Kau ini gila tau tak?”- R’an.
“Yup. Aku tahu. Aku gila, gila dengan kau.” - Jade.
Masalahnya, hendak melepasi kawalan barisan pengawal R’an bukan tugas mudah. Tetapi, kerana cinta, Jade tidak kenal erti putus asa. Akhirnya Jade berjaya menakluki sekeping hati milik R’an. Cinta dan perhatian Jade tumpah sepenuhnya untuk R’an, menjadikan hidup R’an dipenuhi warna-warna bahagia. Cumanya, tiada siapa mampu menduga, takdir hadir membawanya pergi jauh dari R’an.
R’an mula hilang punca apabila pemilik hatinya tiba-tiba hilang tanpa berita, meninggalkan dia menanggung kesedihan sendirian. Saban hari, tanpa putus asa, dia menanti kepulangan Jade, namun lain yang dinanti, lain yang muncul. Kemunculan Shaf dalam hubungan mereka, menjadikan hati R’an mula tidak keruan.
Hanya kerana sekeping gambar, tanpa sedar, Shaf jatuh hati pada R’an. Bertahun, hanya gambar R’an menjadi peneman dan pembakar semangatnya untuk meneruskan hidup. Hinggalah satu hari pencuri hatinya itu muncul di depan mata, membuatkan jantung Shaf berdegup kencang dan dia bertekad mahu memiliki R’an.
"Isaac Newton menemui graviti apabila sebiji epal jatuh di kepalanya. Aku pula menemui cinta apabila jatuh hati pada kau" - Shaf.
R'an mula menjadi gelisah dan resah apabila Shaf bagaikan bayang-bayang yang mengejar dirinya. Semakin jauh dia berlari, semakin Shaf menghampiri. Makin ditolak, makin dia mendekat.
R’an keliru.
Antara cinta Jade dan Shaf, yang manakah perlu dipilih? Mampukah cinta dia bersama Jade bertahan hingga ke akhirnya, atau adakah cinta Shaf yang bakal menjadi peneman hingga akhir hayat?
Cinta itu bagaikan graviti, walau jauh mana kita berlari, walau tinggi mana kita terbang, bila tiba waktunya, kita akan tertarik dan jatuh cinta tanpa kita sedari.
You may also like
Womenswear & Underwear
Phones & Electronics
Fashion Accessories
Menswear & Underwear
Home Supplies
Beauty & Personal Care
Shoes
Sports & Outdoor
Luggage & Bags
Toys & Hobbies
No more products
TikTok Shop promo codes
Sell on TikTok ShopSeller center
About TikTok ShopContact usCareersAffiliate
Help centerSafety centerCommunity guidelines
TransparencyAccessibility
Open TikTok