alhamdulillah. deliverynya cepat - order malam 11 ogos, sampai petang 13 ogos. parcel pun dibalut dengan elok - bukunya tak rosak. autograf pun disertakan sekali. terima kasih, misi memang terbaik!
August 13, 2024
2**H
Item: KOMBO FATEH
Terbaik
1w ago
About this shop
Skuad Misi
77%
Ships within 2 days
100%
Responds within 24 hours
Product description
⚡ POS SETIAP HARI KECUALI AHAD & CUTI AM.
⚡ POS HARI SAMA BAGI PEMBELIAN SEBELUM JAM 12 TENGAH HARI.
Novel berilustrasi ini menampilkan kompilasi cerita daripada Misi Detektif Fateh 1, 2, 3, DAN 4.
Lengkap kesemua siri dengan 424 muka surat.
Pernah diterbitkan oleh Galeri Ilmu pada tahun 2019 dan dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Sastera Johor 2021 bagi kategori Novel Kanak-Kanak.
🔎 SINOPSIS PERANG MENTAL:
Fateh ialah murid tahun 3 yang genius dan gemar menyiasat. Bersama-sama Is, kawannya yang juga anak seorang jutawan, mereka menyiasat pelbagai kejadian misteri yang berlaku di sekolah.
🔎 SINOPSIS SHERLOCK VS LUPIN:
Fateh dan kawan-kawan perlu menghalang rancangan Lupin untuk mencuri berlian terbesar di dunia. Demi menjayakan misi ini, mereka dibantu oleh rakan maya misteri yang menggelar dirinya SHERLOCK!
Siri Detektif Fateh menerapkan KBAT (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi) yang amat sesuai untuk anak-anak sekolah rendah dan menengah dari usia 10 tahun dan ke atas. Tulisan sederhana besar dan diserikan dengan ilustrasi bagi membantu penaakulan kes.