Diperkenalkan produk 'Organics fungicide germicide jadam sulfur' yang mampu menangani masalah kulat, serpihan mildeu, antraknos dan juga bakteria. JS berfungsi sebagai germisid yang tidak hanya mampu mengawal pelbagai jenis penyakit pada tanaman seperti virus dan serangga, malah ia juga tidak menimbulkan resistensi pada serangga walaupun digunakan secara berpanjangan.
JS dapat bertukar menjadi nutrien tambahan kepada pokok dan dapat menggantikan racun kimia yang boleh memberi kesan kepada pokok, tanah serta manusia jika digunakan untuk jangka masa yang lama.
Cara penggunaannya adalah dengan memulakan dos kecil dahulu dengan 1ml untuk setiap seliter air sebagai fungisid atau 16ml JWA + 2ml JS untuk setiap seliter air atau >30ml JWA + 10 ml JS jika pokok sudah diserbu oleh kulat atau serangan lain.
Untuk mendapatkan hasil optimum pengguna hendaklah menyemprotkan seminggu sekali pada waktu awal pagi antara jam 6am-8am atau lewat petang antara jam 5pm-7pm.
Untuk keselamatan anda sila gunakan air lunak/softwater ataupun bebas klorin semasa mencampurkan bersama JWA/JS seperti Air Hujan, Air RO , Air Tapis ,Air Aircond ataupun air paip yang ditakung dan dibiarkan selama24 jam sebelum digunakan .