light
TikTok Shop Malaysia logo
Search
1/6
RM35.00

TEROKA SAINS #1 - MENEROKAI KEAJAIBAN ALAM CIPTAAN TUHAN

Sold by smobookstores

Select options

Select

Shipping

From RM4.90
Est. delivery by Apr 19 - Apr 22
smobookstores
966 items
Shop performance
Better than 86% of other shops
Ships within 2 days
83%
Responds within 24 hours
92%

Product description

Terbitan: TEROKA SAINS
Penulis: DR. WAN FAHMI & DR. NUR ANNIES
"Ada tika dan waktu Rehatkan kameramu duluHadirkan sepenuhnya dirimuDi dalam waktu ituUntuk menghayati setiap kejadian Tuhanmu"
Dr. Wan Fahmi Dato' Wan Mohamad Nazrie beroleh ijazah doktor falsafah Ph.D. di dalam bidang Bioinfomatik dan Biologi Pengkomputeran dari The University of Edinburgh, United Kingdom pada tahun 2017. Beliau telah bergraduat bersama-sama isterinya, Dr. Nur Annies pada tahun yang sama. Beliau menjalankan pengajian dan penyelidikan dalam visualisasi RNA-penjujukan (RNA-seq) di The Roslin Institute, Easter Bush Campus. Dr. Wan Fahmi suka membaca fakta dan informasi berkaitan sains, teknologi dan sejarah. Seorang saintis yang bersemangat untuk berkongsi ilmu dengan masyarakat.
Dr. Nur Annies Abd Hadi merupakan graduan ijazah doktor falsafah ph.D di dalam bidang Epigenetik Bioperubatan dari The University of Edinburgh, United Kingdom pada tahun 2017. Beliau telah menjalankan pengajian dan penyelidikannya di The Queen's Medical Research Institute. Dr. Nur Annies suka fakta dan informasi berkaitan kesihatan, sains dan transformasi diri. Beliau suka membaca buku dan ia adalah kelaziman bagi menambah ilmu pengetahuan yang tidak bertepian. Seorang saintis yang bercita-cita untuk memberi inspirasi kepada generasi muda.
ANGKASA, GEOGRAFI & ALAM SEKITAR
Merupakan ruang yang sangat menkjubkan. Bumi bersama-sama dengan trilion objek lain seperti bintang, bulan, asteroid di dalam galaksi di alam semesta ini hampir tidak dapat ditafsirkan oleh otak manusia. Tanah yang luas, lautan yang dalam, pokok-pokok dan haiwan-haiwan yang menghiasi Bumi amat menceriakan dan menggembirakan penduduknya. Sayangilah Bumi kita ini.
Satu-satunya planet di dalam Alam Semesta ini diketahui terdapat hidupan adalah planet.
Permukaan Bumi terdiri daripada 71% air dan 29% daratan.
NEBULA
Pillar of Creation yang merupakan sebahagian daripada Nebula Helang (Eagle Nebula). Nebula datang dalam pelbagai bentuk dan saiz. Nebula bermaksud awan dalam bahasa Latin yang merupakan kawasan di mana-mana bintang-bintang baru sedang terbentuk atau di mana bintang telah mati. Awan kosmik ini terdiri daripada pelbagai bentuk dan saiz diperbuat daripada debu dan gas. Terdapat pelbagai bentuk nebula seperti pokok krismas, kepala kuda, kuda unicorn, tangan, telur goreng dan banyak lagi. Awan yang indah ini tidak dapat dilihat dengan mata kasar.
TAHUKAH ANDA
Ruang angkasa sangat sunyi & sepi
Bunyi tidak dapat bergerak tanpa udara. Oleh yang demikian bunyi tidak mempunyai medium atau cara perjalanan untuk didengar.
Bagaimana angkasawan bercakap ketika di angkasa? Angkasawan menggunakan radio untuk berkomunikasi semasa berada di angkasa, kerana gelombang radio masih boleh dihantar dan diterima.
PLANET TERPANAS DALAM SISTEM SURIA SUHUNYA ADALAH 450C
Planet Zuhrah merupakan planet yang paling panas di dalam sistem Suria walaupun kedudukannya bukanlah yang paling hampir dengan Matahari. Ini kerana Zuhrah mempunyai atmosfera yang tebal dan memerangkap hab daripada Matahari.
BERKEMUNGKINAN TERDAPAT KEHIDUPAN DI PLANET MARIKH
Dari semua planet di dalam Sistem Suria kita (selain dari Bumi), Marikh berkemungkinan besar terdapat benda hidup.
Pada tahun 1986, NASA menganalisis fosil benda hidup mikroskopik di dalam batu yang diperoleh dari Marikh lalu menjangkakan terdapat hidupan di sana.
TIADA SIAPA YANG TAHU BERAPA JUMLAH BINTANG DI ANGKASA
Saiz dan ruang semata-mata menjadikannya mustahil untuk tepat meramalkan berapa banyak bintang yang kita ada.
Saintis dan ahli astronomi menggunakan bilangan bintang dalam galaksi kita iaitu Galaksi Bima Sakti, untuk menganggarkannya.
Anggaran itu adalah antara 200-400 bilion bintang dan antara 200 bilion ke 2 trilion galaksi di alam semesta ini!
You may also like
Womenswear & Underwear
Phones & Electronics
Fashion Accessories
Menswear & Underwear
Home Supplies
Beauty & Personal Care
Shoes
Sports & Outdoor
Luggage & Bags
Toys & Hobbies
No more products
TikTok Shop promo codes
Sell on TikTok ShopSeller center
About TikTok ShopContact usCareersAffiliate
Help centerSafety centerCommunity guidelines
TransparencyAccessibility
Open TikTok