About this product
- Kuantiti Setiap Pek:1
- Borang Produk:Pejal
Product description
----Sariayu Tungku Bayi/Tuam Bayi----
----------------------------------------------------------------------
- Mengurangkan kembung perut bayi dalam tempoh berpantang
- Membantu menghindari batuk dan selsema pada bayi
- Melegakan serta melancarkan peredaran darah
- Untuk Bayi Lelaki ianya bagi mengelak terkena angin pasang surut
-------------------------------------------------------------------------
- Tungku bayi perlu dipanaskan suam-suam sebelum digunakan supaya bayi mendapat khasiatnya.
- Anda boleh panaskan tungku bayi dengan menggunakan seterika sehingga terasa hangat. Boleh
juga letakkan di atas periuk nasi asalkan tidak terlalu panas untuk kulit bayi.
- Cuba dahulu di belakang tapak tangan supaya tidak terlalu panas untuk bayi. Kemudian barulah
letakkan tuaman ini pada bahagian tubuh bayi.
- Tuaman dilakukan selepas memandikan bayi. Apabila bayi sudah selesa mandi, boleh lakukan
tuaman sebelum atau selepas mengurut badannya.
- Boleh dilakukan tuaman sebelum masuk tidur supaya si kecil dapat tidur dengan lebih nyenyak.
Selepas tuam, bolehlah bedung bayi kemas-kemas supaya lebih selesa.
Tempat-tempat Yang Perlu Dituam
- Bayi seeloknya dituam pada bahagian belakangnya. Lebih tepat lagi dari bahu terus ke pinggang.
- Tuamkan juga pada bahagian perut, ari-ari, dan bahagian pelipat kaki serta tapak kaki selama
beberapa minit. Ia dipercayai dapat mengurangkan kembung pada bayi.
Sampai Bila Bayi Perlu Dituam?
- Bayi perlu dituam sehingga sudah pandai meniarap, iaitu sekitar 5 ke 6 bulan. Ada juga yang
berpendapat ia boleh dilakukan sehingga usia bayi 1 tahun.