TikTok Shop Malaysia logo
Search
1/5
RM29.00

Novel Bersyurga Di Rusukmu - Lily Haslina Nasir [Karya Seni]

Sold by Novel Melayu Online
5(4)
31 sold

Select options

Select

Shipping

From RM4.90
Est. delivery by Apr 24 - Apr 26

Specifications

Customer reviews (4)

C**e
C**e
Item: Lalai
Love this novel
Product Review of Novel Bersyurga Di Rusukmu - Lily Haslina Nasir [Karya Seni] from C**e 0
September 6, 2024
N**
N**
Item: Lalai
Good
April 28, 2024
n**7
n**7
Item: Lalai
Novel sampai dlm keadaan yg baik balutan yg kemas,,🤗🤗🤗🤗
August 25, 2024
Novel Melayu Online
139 items
Shop performance
Better than 88% of other shops
Ships within 2 days
80%
Responds within 24 hours
100%

About this product

BrandKARYASENI

Product description

BERSYURGA DI RUSUKMU #MegatAdri kembali lagi SPIN OFF? BLACK GHOST? Di ruang tamu kini ada sesi cerita penuh tawa dan kenangan tentang pengalaman dunia tentera antara papa dan abah Megat. Kedua lelaki itu kini tampak begitu santai menikmati hidangan pengat pisang bersama kopi panas yang harum baunya. Mak Amnah bersama mama duduk sambil berkongsi kisah silam. Aku kemudiannya membawa piring berisi kuih buah Melaka kepada mereka. Satu balang kaca jernih berisi keropok belinjau, dibawa juga ke ruang tamu oleh Mak Amnah. Aku menjengah ke luar. Megat sedang duduk di pangkin luar rumah. Berteduh di bawah pohon jambu mawar. Pengat pisang dan kopi, buah Melaka bersama keropok belinjau, cerita dan tawa, serta kehangatan keluarga pada siang hari itu memberi aku rasa kehangatan yang luar biasa di jiwa. Aku menyedari, meskipun masa depan mungkin terasa menakutkan, aku tidak sendirian. Seluruh keluarga bagai merestui. Cuma hati aku ini yang masih berbolak-balik. Kemudian, usai mencicipi hidangan, abah Megat tiba-tiba memandang serius ke arah aku dan Megat, membuat debar aku kembali bergolak. "Nah, sekarang setelah kita semua rasa makin mesra, makin dekat, mungkin ini waktu yang tepat untuk kita bincang tentang langkah selanjutnya," ucap abah Megat, suaranya penuh harapan. Aku tersedak sedikit kopi yang baru saja kucicip masuk ke rengkung. "Langkah selanjutnya?" ulang papa sambil melemparkan senyuman kepada aku. Sedang aku cuba menyembunyikan kegugupan di wajah. "Ya, Puan Melati dan Panglima," Mak Amnah mencelah dengan senyum lembut yang selama ini selalu membuat aku berasa diterima. "Kami, bersama dengan Megat, sudah berbincang dan kami ingin tahu bagaimana Mawar sendiri? Bila agaknya tarikh sesuai untuk kami datang melamar Mawar.” Aku terasa luruh seluruh tulang-temulang. Berdetak kencang jantung aku. Ikutkan hati aku mahu lari dan menyorok! Mama dan Papa, yang sejak awal tampak menikmati hidangan dan perbincangan, kini memandang aku dengan senyum yang sangat gembira. Mereka tampak tenang, seolah-olah berita ini adalah khabar yang mereka nantikan. “Kami sebetulnya rasa segan pula. Kami ni pihak perempuan. Patutnya pertemuan macam ni, saya yang raikan kehadiran Megat di rumah kami. Ini dah terbalik, kami pula jadi tetamu di rumah Mejar.” Papa membalas dengan penuh tertib dan santun. Huh! Sungguh ke aku dah mahu bernikah? Dah bersedia ke? Aku tidak tentu arah menyoal diri sendiri di dalam hati. Aku tergamam. Kata-kata terasa seperti tersangkut di tenggorok. Aku menjadi bisu dan kelu. Separuh daripada jiwa ini berasa bahagia dan bertuah kerana Megat dan keluarganya menganggap aku layak untuk menjadi sebahagian daripada mereka. Namun, separuh lagi jiwa ini bagai dalam pusaran yang mencemaskan dan aku berasa tidak pasti untuk bersiap sedia, melangkah ke fasa kehidupan yang lain. Ketika itu aku sedang mengunyah kuih buah Melaka. “Sedap ke rasa kuih buah Melaka tu? Tadi intinya macam tak cukup.” Mak Amnah bertanya sambil memberitahu aku. “Oh! Sedap! Pedas!” Laju aku menjawab. Dan tidak semena-mena, terburai gelak ketawa semua yang ada di ruang tamu. “Eh, sejak bila pula kuih buah Melaka pedas, Mawar?” Berdekah gelak abah Megat dan papa. Aku sudah terlalu malu untuk angkat muka. “Patutlah makan pengat pisang pun mak tengok lencun peluh. Pada hal kipas dah laju habis tu. Tingkap pintu rumah dah dibuka. Luar tu rasa berangin cuaca. Agaknya pengat pisang pun pedas ya, Mawar?” Mak Amnah mengusik aku. Hadoi!! Aku terasa mahu jadi kura-kura! Masuk sorokkan kepala dalam badan ketika itu. Nampak sangat otak aku entah kemana menerawang. Disebabkan terlalu cemas, aku tak sempat kunyah. Aku telan saja semua makanan yang aku masukkan ke dalam mulut. Entah kenapa perbicangan perihal rancangan pernikahan aku dengan Megat ini membuatkan aku berasa seperti pedang samurai sedang diletakkan di belakang tengkuk aku. Aku menggeletar dan berpeluh kuyup. Ya Tuhan, tolong aku, hamba-Mu ini sebelum aku makin lalok. Takut pula aku, disebabkan fikiran tidak tenang, nanti ada pulak aku kata cili tu manis rasanya! Halla halla halla!
Product Introduction of Novel Bersyurga Di Rusukmu - Lily Haslina Nasir [Karya Seni] 1

Videos for this product

Novel Melayu Online
Novel Melayu Online
You may also like
Womenswear & Underwear
Phones & Electronics
Fashion Accessories
Menswear & Underwear
Home Supplies
Beauty & Personal Care
Shoes
Sports & Outdoor
Luggage & Bags
Toys & Hobbies
No more products
TikTok Shop promo codes
Sell on TikTok ShopSeller center
About TikTok ShopContact usCareersAffiliate
Help centerSafety centerCommunity guidelines
TransparencyAccessibility
Open TikTok