Product description
Adib seorang budak lelaki yang suka belajar. Adib tinggal
bersama ayah dan ibunya. Adib mempunyai seorang abang bernama Hakim dan adik perempuan bernama Syafa.
Adib sering bertanya mengenai pelbagai perkara kepada
ayah dan ibunya. Ayah dan ibunya akan menerangkan
jawapan yang paling mudah supaya Adib faham.
Kadang-kadang Adib juga lakukan kesalahan.
Namun, Adib belajar daripada kesalahan itu.
Semakin hari Adib semakin besar. Adib perlu belajar semua perkara. Adib perlu belajar berdikari supaya mudah
menyesuaikan diri. Adib juga mahu jadi hebat!
Hebat supaya ayah dan ibu bangga padanya.
Adib terkejut kerana ada raksasa putih di dalam
biliknya. Rupa-rupanya, itu adalah raksasa gigi. Raksasa gigi membawa Adib berjumpa kawan- kawannya. Raksasa gigi mengajar Adib menjaga kesihatan gigi.
Apa yang menarik dalam Siri Adib Hebat?
- Topik berkaitan amalan pengurusan diri,
pendidikan seksualiti dan nilai-nilai murni.
- Ilustrasi berwarna-warni.
- Info dan aktiviti menarik.
- Jalan cerita yang mudah difahami.