Buku ini disusun untuk anak-anak yang berada di Tahap 1 dan Tahap 2 merujuk kepada Manual Happy Menulis. Pada Tahap 1, latihan lebih kepada melatih penggunaan jari jemari. Manakala, Tahap 2 pula latihan menghasilkan garisan-garisan asas menulis. Disarankan untuk kanak-kanak tipikal berusia 3 hingga 5 tahun dan kanak-kanak istimewa mengikut tahap perkembangannya. Perbezaan Buku Kerja Happy Menulis ini dengan Buku Kerja di pasaran : ️ Buku ini diasaskan mengikut perkembangan milestone kanak-kanak. ️ Aktiviti asas pra-akademik merupakan persediaan awal kepada anak sebelum didedahkan dengan silibus akademik sebenar. ️ Mula dengan aktiviti paling mudah kepada lebih mencabar membuatkan anak enjoy buat aktiviti table-top. ️ Meningkatkan daya fokus anak yang tanpa sedar sedang seronok buat aktiviti duduk di meja.