ASAS PENGENALAN Buku Latihan ini sesuai untuk para pelajar peringkat sekolah rendah SK, SJKC dan SJKT. Latihan dalam buku ini adalah latihan peringkat asas pengenalan Bahasa Melayu. Buku Latihan ini terdiri daripada Jilid 1A&B hingga Jilid 5A&5B untuk tahap pelajar yang berbeza. Setiap latihan dalam buku ini megandungi pelbagai bentuk kemahiran memahami asas pengenalan bahasa Melayu. Pelbagai topik telah direka dan disusun mengikut tahap asas pemahaman yang perlu dikuasai oleh pelajar pemula bahasa Melayu. Buku latihan ini dapat membantu pelajar perigkat sekolah rendah untuk mengenali asas Bahasa Melayu, mengenali dan menguasainya dengan baik.