Novel Siri Kucing Paling disasarkan kepada golongan kanak-kanak berumur 7 hingga 9 tahun.Ia penuh dengan warna. Kucing Paling Manja menceritakan tentang Diva, baka kucing mahal dan dijaga dengan sangat hebat. Kucing Paling Nakal bernama Cacah kucing yang teramat lincah, terlalu hebat menyelerakkan rumah.Kucing ini bertukar menjadi nakal apabila tuan yang menjaganya berpindah ke sekolah asrama.Kucing Paling Gemuk bernama Mokmok. Dari kucing biasa yang lincah dan ceria, berubah menjadi gemuk. Akibat daripada amalan pemakanan tersebut, Mokmok menjadi kucing bersaiz XXL. Kucing Paling Busuk menceritakan tentang sisi kehidupan seekor kucing gelandangan. Namanya Ucuk kerana badanya busuk sangat. Seorang kanak-kanak perempuan membawa si kucing busuk balik dan kini berubah rupa, jadi elok dan dipeluk-peluk. Kucing Paling Garang bernama Gargar. Kucing ini bertukar menjadi garang apabila seringkali didera manusia tatkala sesat daripada tuannya. Tidak dapat mencari jalan pulang... sepanjang masa dipukul dan dihalau. Sejak itu, ia menjad kucing paling garang, tidak suka manusia dan tidak boleh didekati sesiapa jua. Kucing Paling ComelMahukan kisah kucing paling comel seluruh dunia? Malah ada tip menjaga si manja dengan mudah. Novel ini mempunyai 5 kisah kucing-kucing paling comel yang mencuit hati. Baca buku ini sambil membelai kucing kesayangan ya!Kucing Paling DivaApakah yang terjadi jika kucing menjadi pewaris harta jutaan ringgit? Apabila kucing lebih kaya daripada manusia… siapa pula yang menjadi tuan? Kisah mencuit hati ini sarat pengajaran tentang keikhlasan manusia menjaga haiwan amanah Tuhan.