Bab 1 menjelaskan konsep, objektif fan rasional pendidikan pemulihan; Bab 2 menerangkan perbezaan cara pengelolaan dan strategi pemulihan kelas biasa dan kelas khas; Bab 3 menjelaskan cara mengesan kesukaran pembelajaran kemahiran bahasa; Bab 4 tentang langkah khusus dan pengelolaan sesi pemulihan; Bab 5 menerangkan penyediaan rancangan pengajaran pendidikan pemulihan; Bab 6 menjelaskan penyediaan BBM aktiviti pemulihan; manakala Bab 7 menjelaskan penilaian pengajaran pendidikan pemulihan. Seterusnya Bab 8 hingga 11 menjelaskan tentang pendidikan pengayaan yang merangkumi konsep, objektif, prinsip, strategi pelaksanaan, pengelolaan aktiviti, pengukuhan dan pengembangan, penyediaan BBM, penyediaan rancangan pengajaran, sesi latihan pengajaran dan penilaian pengajaran pendidikan pengayaan. "