•Tahuk : Hari - Hari Akhir Israel di Bumi Palestin
•Jenis Halaman Kulit : Kertas Kerja
•Bilangan Muka Surat : 248
•ISBN/ISSN : 9786299887744
•Bahasa : Bahasa Melayu
•Tahun : 2024
•Berat (kg) : 0.340kg
•Dimensi (cm) : 21cm x 15cm x 2cm
SINOPSIS
Karya ini menganalisis:
Faktor-faktor baru yang muncul pasca konflik terkini Palestin-Israel sejak 7 Oktober 2023 yang memberi petunjuk kepada kemerosotan drastik pengaruh dan kekuasaan Israel di Timur Tengah.
Ia termasuk:
Krisis politik terburuk dalam sejarah yang memecah belahkan Israel, kesatuan fraksi-fraksi politik Palestin, berakhirya permusuhan kuasa-kuasa serantau kalangan negara-negara di Asia Barat, kemunculan aktor-aktor baru seperti Houthi yang menguasai pintu masuk ke Laut Merah dan berkembangnya China yang menjadi rakan dagang utama kepada hampir semua negara-negara Arab telah mempengaruhi kemerosotan pengaruh Amerika Syarikat di Asia Barat yang menjadi tempat bergantung Israel selama ini.
Manakala perjuangan pembebasan Palestin yang sebelum ini hanya dipelopori oleh negara-negara Islam telah beralih ke Afrika, Australia, Amerika, Eropah. Kesemua ini merupakan faktor-faktor baru yang memberi petunjuk bahawa jalan-jalan menuju kemerdekaan Palestin semakin terbuka luas dan hari-hari akhir penjajahan Israel di bumi Palestin sedang menjelma.