Batu fairuz juga biasa disebut sebagai batu pati ayam . Masyarakat umum mengenali batu fairuz dalam golongan pusaka mistik yang diyakini memberi khasiat dan kelebihan yang banyak.
Sebenarnya batu fairuz banyak dijumpai didaerah Arab, Afrika dan negara padang pasir. Juga ada dijumpai di Iran, Afghanistan, Amerika, Mexico dan mempunyai aura semulajadi.
Batu fairuz mempunyai campuran mineral tembaga, aluminium dan ferum (besi) yang memberikan peranan terhadap pembentukkan warnanya, semakin biru warnanya menunjukkan kandungan tembaga di dalamnya adalah tinggi dan jika warna hijaunya yang menonjol kandungan ferum (besi) pula tinggi. Aura batu fairuz juga diperkuatkan lagi dengan pengisian ayat- ayat al-quran.
Cerita masyur yang diketahui mengenai khasiat batu fairuz adalah banyak sekali terutama sekali untuk pendinding diri anti cedera serta menghindarkan aura jahat.
PENAWAR
• Menawarkan racun dalam badan .
• Menjadi orang yang sabar
• Memperkuat mata batin
• Memberi ketenangan
• Mampu mengatasi masalah lemah tenaga batin
• Memperbaiki peredaran darah dan memulihkan tenaga
• Menguatkan sendi dan otot-otot
lanya hanyalah ikhtiar zahir sahaja hanya Allah yang menyembuhkannya.