Product description
Losyen Mustajab Pati Halia
Kegunaan seisi keluarga dan losyen serbaguna Losyen Mustajab Pati Halia sememangnya harus dimiliki oleh setiap isi rumah. Losyen ini yang bersifat tidak melekit dan cepat meresap pada kulit serta mempunyai kehangatan yang sederhana.
Losyen Mustajab Pati Halia - Limau Nipis
Bauan aroma limau nipis dan halia yang menyegarkan, ditambah pula dengan sedikit bauan ‘mint’ dapat membantu menceriakan emosi ibu-ibu selepas bersalin yang biasanya lesu dan tidak bermaya. Ianya tidak berminyak dan mudah menyerap antara kelebihan losyen ini. Boleh disapu pada kaki sebelum mengenakan stoking.
Losyen Mustajab Pati Halia - Super Hot
Digunakan ketika bersenam atau aktiviti lasak, Losyen Mustajab Pati Halia Super Hot boleh disapu nipis pada tempat-tempat bermasalah sebelum aktiviti bermula. Kesan panas dari sapuan losyen tersebut tidak akan dirasai serta merta tetapi akan dirasai perlahan-lahan rasa hangat yang berpanjangan, menambahkan keselesaan pada pengguna semasa melakukan aktiviti lasak.
Losyen Mustajab Pati Halia - Extra Hot
Sesuai untuk mereka yang menjalani kehidupan yang aktif setiap hari, Losyen Mustajab Pati Halia Extra Hot boleh disapu nipis pada tempat-tempat bermasalah yang dirasakan sesuai kecuali kawasan luka. Kesan panas dari sapuan losyen tersebut tidak akan dirasai serta merta tetapi akan dirasai perlahan-lahan rasa hangat yang berpanjangan, menambahkan keselesaan pada pengguna semasa melakukan aktiviti seharian.