Serunding Kampung Laut adalah kawasan pengeluar serunding paling popular di Kelantan dan sudah terkenal sejak beberapa dekad yang lalu, merupakan warisan turun-temurun zaman berzaman.
Bagi makluman pembeli, serunding ini adalah produk baru yang dimasukkan di dalam kedai kami sempena bulan Ramadhan tahun ini 1442H. Alhamdulillah mendapat sambutan yang menggalakkan dengan review-review yang positif.
Serunding ini adalah serunding yang dipilih sendiri setelah pergi ke tapak pengeluar dan membuat perbandingan terhadap kualiti rasa daripada pengeluar-pengeluar Serunding Kg Laut yang ada. Kami memberi jaminan akan kualiti rasa yang terbaik insyaAllah.
Kami menyediakan beberapa pilihan Serunding Kg Laut iaitu :
- Daging Tempatan
- Daging Import
- Ayam
- Ikan
Berat timbangan yang tersedia :
- 100 gram
- 250 gram
- 500 gram