Farah, Qiy, Shanel, Tyra, Yoona dan Yuri ialah enam sahabat baik yang bersekolah di Victoress Girls School. Mereka sering mengimpikan dan melakukan sesuatu yang luar biasa. Keakraban mereka tidak disenangi oleh The Na-Na Gals yang diketuai oleh Zee serta dua pengikutnya Riri dan Elle. Pelbagai perkara dilakukan oleh Zee untuk menjatuhkan Farah dan kawan-kawannya. Namun, Farah dan kawan-kawannya selalu berfikiran positif! Walau apa pun yang berlaku, mereka tetap mengharungi suka dan duka bersama!