About this product
Jenis Halaman KulitKertas kerja
Bilangan Muka Surat160
BahasaBahasa Melayu
Tahun2020
Product description
Tajuk: Jangan Tunda Taubatmu
Penerbit: PTS Publishing House Sdn. Bhd
Dimensi (cm): 22.9x15.2x0.8
Setiap manusia pasti akan mati. Sama ada kita sudah tua, masih muda, masih kanak-kanak, bahkan juga bayi, kematian pasti datang.
Tidak ada sesiapa yang tahu, bila dan di manakah kematiannya akan berlaku. Apabila ia muncul, tidak mungkin dapat kita awalkan mahupun dilewatkan walaupun hanya sesaat.
Kerana apabila Izrail sudah datang memanggil, tidak ada yang dapat membantu selain iman dan amal soleh.
Maka, JANGAN TUNDA TAUBATMU.
Buku ini mengupas secara jelas semua perkara berkaitan taubat, kaedah taubat, tatacara solat taubat serta doa-doa taubat yang diamalkan oleh para nabi dan rasul. Mudah-mudahan dapat membantu kita dalam memastikan hidup kita dibimbing dengan jalan yang betul bagi meraih rahmat dan keampunan Allah s.w.t. sebelum kita kembali untuk bertemu dengan-Nya.
Ajal tidak menunggu taubatmu. Lakukan taubat selagi sempat.
Tajuk: Taubatku Untuk Siapa?
ISBN: 978-967-481-736-7
Penerbit: PTS Publishing House
Penulis: Ibnu Jauzi
Tahun Terbitan: 2021
Muka Surat: 447
Halaman: Hitam Putih
Berat (kg): 0.62 kg
Dimensi (cm): 22.8 cm x 15.2 cm x 2.2 cm
Buku “Taubatku untuk siapa?” ini merupakan huraian daripada kitab Bahr ad-Dumu’ (lautan air mata). Bahr ad-Dumu’ merupakan salah satu karya agung ulama terkemuka suatu ketika dahulu, Ibnu Jauzi. Beliau banyak menghasilkan karya ilmiah dalam pelbagai bidang keilmuan.
Di dalam buku ini, Ibnu Jauzi mengetengahkan pelbagai jenis maksiat yang sering dilakukan oleh manusia. Beliau juga menasihati pembaca dengan menggunakan pendekatan yang persuasif dengan menyampaikan banyak kisah-kisah orang berdosa yang bertaubat. Kisah-kisah ini menunjukkan tentang bagaimana mereka tenggelam dalam lautan air mata mereka sebagai bentuk penyesalan atas kehidupan mereka yang sia-sia.
Daripada kisah-kisah ini, cukup untuk menjentik hati pembaca tentang betapa mendalamnya ketakutan orang yang bertaubat itu akan dosanya dan pembalasan di hari akhirat kelak.