Pokok ketapang adalah tumbuhan yang senang untuk dijumpai dan tidak asing di Malaysia. Pokok yang berasal dari Asia Tenggara ini dapat menyesuaikan diri dalam cuaca beriklim khatulistiwa. Contohnya di kawasan tepi sungai, tepi laut, dan kawasan tropika lainnya.
Pokok Ketapang menjadi kegemaran banyak pihak kerana ianya cantik dan mudah dijaga. Selain itu, pokok ketapang
turut mempunyai banyak manfaat yang tidak diketahui
khalayak.
Umumnya, daun ketapang boleh digunakan untuk membuat air yang dapat menstabilkan emosi ikan laga serta menggalak pembiakan dalam industri penternakan ikan hiasan tersebut.
Malah, akarnya juga boleh digunakan untuk merawat penyakit seperti demam, ciri-birit dan masalah berkaitan hati dan hempedu.