Buku yang keberapa ratus entah, dah penuh rak buku.. Pastu dah 2 3 bulan stop membeli tapi kalini teracun lepas tgok live d Tiktok
February 20, 2024
Q**🍉
Item: Lalai
Pembungkusan kemas dan tebal. Buku sampai dlm keadaan yg baik. Tq seller!
April 10, 2025
S**e
Item: Default
Sampai dlm keadaan baik packaging bagus dgn bubble wrap tebal
January 7, 2025
V**e
Item: Default
Buku diterima tanpa sebarang kerosakan..tak sabar nak baca. ☺️☺️
December 20, 2024
m**a
Item: Default
Buku selamat smpai. So far so good. Xbaca lgi. Packaging pn nice. Tq seller
December 12, 2024
S**a
Item: Default
Buku diterima dengan baik dan wrapping tebal. Terima kasih.
June 21, 2024
K** K**t
Item: Default
Da beberape kali beli dgn seller ni..cpt dapat...kali ni dapat juga penanda buku...
May 28, 2024
a**𐰁
Item: Default
(sorry for the late review) lama dah simpan ni dalam cart and finally bought it 🥹🫶🏼 thankss
May 5, 2024
N**d
Item: Default
Buku sampai dalam keadaan elokk, dan yeayy dapat mirror keychain dengan autograf penulis 🫶 btw seller balut buku tebal sangat, servis penghantaran pun laju (dalam 2 hari barang dah selamat diterima) 💌 terima kasih Karangkraf!!
March 2, 2024
N**h
Item: Default
Buku dh sampai dgn bagi gift lg tu😁. Tak sabar nk baca. Dorang pun balit guna bubble wrap tu bnyk. Bnyk Kali repeat order.
Packaging:Five star I bg
March 1, 2024
Y**n
Item: Default
Wrapping parcel always terbaik & buku-buku semua elok. Terima kasih
February 21, 2024
T**h
Item: Default
best ..packaging mmg terbaik sb tebal gilerr .
July 2, 2024
A**a
Item: Default
Tebal ah buku sampai pun cepat mantap pak abu
October 14, 2024
z**_
Item: Default
Packaging:balut tebal. buku tak rosak
tengok cover pun dah dapat rasa keseraman dia haha. tak sabar nak baca. cepat sampai jugak, thank you ☺️
August 11, 2024
Karangkraf Mall
318 items
Shop performance
Better than 90% of other shops
Ships within 2 days
78%
Responds within 24 hours
99%
About this product
Brandbuku prima
Product description
Doppelganger ialah sebuah novel seram yang menampilkan 10+1 pelbagai cerita seram yang dikongsikan Dot kepada Mat Hadi pada suatu malam di belakang kedai koperasi SMAX.
“Biar saya ingatkan. Hantu tak wujud, apatah lagi hantu yang kejar orang.”- Ustaz Nadimin
“Separuh badannya tersembunyi di balik tangga. Kepalanya dibengkokkan ke kanan, macam mengintai saya. Rambutnya yang putih panjang mengurai.” - Nisa
“Mungkin dorm kau ada penunggu agaknya. Atau mungkin ada benda tak elok nak kacau kau.” - Mastura
Malam yang penuh acara di SMKA Kota Senja atau lebih dikenali sebagai SMAX. Di Dewan Besar, para pelajar baharu sedang melalui proses orientasi. Di kelas-kelas dalam bangunan sekolah, para pelajar lama sibuk dengan aktiviti masing-masing.
Tapi nun di tingkat bawah, bertemankan malap lampu kalimantang dan tersorok di balik koperasi sekolah, seorang pemuda bernama Hadi dan seorang gadis yang mahu digelar Dot menghabiskan waktu prep malam mereka dengan kisah-kisah seram yang pernah menjadi topik perbualan di sekolah mereka.
Ada kisah Manggis dan Sawi yang cuba menakutkan pelajar junior mereka, Si Jongang dengan kisah 'Hantu Separuh'. Ada pula cerita malang Sara yang hanya mahu hidup aman dan tenteram di Dorm 46. Ada kisah cermin nombor tiga tandas Aspura yang kononnya menyimpan refleksi selebriti terkenal.