Menelusuri proses cerapan pemikiran P. Ramlee lewat karya Puan Raihani menjadikan kita berupaya memahami sosok P. Ramlee melangkaui perimeter seni, budaya dan estetika semata-mata. Setelah melaui barisan ayat dan perenggan dalam buku ini, terserlah satu dimensi baharu pada insan P. Ramlee ini, iaitu P. Ramlee sebagai seorang pejuang rakyat yang berteraskan ideologi kekirian bertunjangkan suara nurani dan derita rakyat terbanyak pada zamannya.
Maszlee Malik