Product description
•Judul : Memburu Salju Di Langit Sarajevo : Travelog Bosnia & Herzegovina
•Penulis : Fauziah Abdul Hamid
•Penerbit : Ziasaf mind
•Mukasurat : 215
•Genre : Non-Fiction
•ISBN : 9789671504932
•Origin : Malaysia
•Saiz : 20cm(L) x 13cm(W) x 3cm(H)
Niat asal kami ke Bosnia & Herzegovina adalah untuk bermain salji dan berski. Impian mahu tinggal di vila percutian di sekitar resort yang ditimbuni salji memutih. Namun terkedu melihat kesan peperangan yang pernah berlaku pada sekitar tahun 1992-1995 yang masih basah.
Setiap inci bumi yang kami lawati dipenuhi dengan kesan sejarah silam, dirintis oleh pelbagai kuasa jajahan. Kota tua Sarajevo sarat dengan tinggalan kerajaan Uthmaniyah, bagaikan kota kembar Istanbul.
Ikuti kami menjejaki Stari Most, jambatan terkenal di Mostar. Menghayati keabadian golongan Darwish terhadap Sang Pencipta di Blagaj. Menelusuri kehebatan Kota Travnik, bekas ibu kota Bosnia & Herzegovina. Pemandangan desa yang nenukau dalam perjalanan ke Tuzla. Johorina, tempat berlangsungnya Sukan Olimpik Musim Sejuk pada tahun 1984 menjadi pilihan untuk bermain salji.
Benarlah seperti gelaran yang pernah diberi. "Mutiara Eropah"