Product description
Aroma segar dengan haruman yang bersih, tajam dan sitrus. Membantu membuatkan anda lebih selesa apabila rasa loya dan muntah. Aroma yang menenangkan dan menyegarkan, membantu meningkatkan tenaga, dan semangat.
Aroma manis mambuatkan perasaan anda lebih tenang sekaligus membantu mengurangkan tekanan, insomnia dan keresahan. Tetapi awas, bauan ini juga boleh mengingatkan anda kepada manisan kegemaran yang boleh meningkatkan berat badan.
Aroma yang tajam tetapi dingin, dan menyegarkan.Membuatkan anda lebih selesa ketika kembung perut, senak,
loya dan sakit kepala. Ia juga membantu meringankan kegatalan kulit.
Haruman segar dan manis. Bauan yang membuatkan anda berasa lebih bersemangat. Haruman yang mampu meningkatkan perasaan, membuatkan anda lupa pada tekanan dan perasaan bimbang.
Sinoim sebagai lambang cinta. Haruman romantis dan manis, aroma bunga lembut yang menghangatkan.
Mampu merangsang pembebasan bahan kimia, dopamine yang membantu melegakan simptom kemurungan. Merangsang otak untuk mengeluarkan endorfin, yang sering dipanggil hormon "rasa gembira". Tak percaya! Berikan kekasih anda sejambak mawar, pasti si dia tersenyum lebar.
Cypress (Cemara) beraroma segar, seperti herba, pedas dengan bau malar hijau dan sedikit bauan kayu.
Aroma maskulin ini mampu menaikkan semangat dan merangsang rasa gembira. Minyak Pati Cypress digunakan untuk melegakan sakit otot dan kekejangan. Ia juga membuatkan anda lebih selesa untuk bernafas dan menenangkan emosi.
Minyak Pati dengan sedikit bau seperti ubat, segar, dengan aroma kayu, tanah dan herba. Haruman yang menenangkan membantu mengurangkan perasaan tertekan. Hati tenang badan pun sihat kan? Ia juga membuatkan anda lebih selesa sekiranya kulit mengalami kegatalan ringan.
Haruman yang manis seperti karamel, rasa buah dan mentega. Haruman Strawberi adalah bau yang indah, segar seperti musim panas. Ia menyemai kebahagiaan, ketenangan dan mengimbangi emosi anda. Awas! Aroma
yang manis dan menyegarkan boleh membuatkan anda sentiasa lapar.
Bauan ini diinspirasi dari Victoria's Secret Bombshell.
AMARAN! Hanya untuk kegunaan luar. Maklumat ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Sekiranya anda mempunyai masalah perubatan, menggunakan ubat, hamil atau menyusu, dapatkan nasihat pakar kesihatan sebelum menggunakan sebarang produk.Tidak sesuai digunakan oleh kanak-kanak di bawah usia 2 tahun.