KOMIK GAZA MINI #1: DETIK AWAL PALESTIN DIJAJAH (108 M/S)Gaza dan 15 adik-beradiknya hidup bahagia di Palestin - memancing, berniaga roti Tabun, dan bersama-sama kerajaan Turki Uthaminiyah membangun Hejaz Railway, sebuah projek landasan kereta api dari Istanbul ke Madinah untuk meringakan perjalanan jemaah haji.Dalam kegembiraan mereka, ada helah jahat sedang dirancang oleh Israel dan Theodor Herz untuk menakluk Palestin.Dan siapa sangka, bukan Israel dan Herzl sahaja yang punya rancangan jahat. Turut ada musuh dalam selimut yang berusaha menjatuhkan khilafah Islam ketika itu.Tapi...siapa? Dan kenapa?KOMIK GAZA MINI #2: PALESTIN TERANCAM ANGKARA KHIANATHidup Arab! Jatuh Turki!Keamanan Palestin mesti dipertahankan! Begitu azam Gaza.Namun, bukan semua berkongsi makna keamanan yang sama. Ada pihak yang merasakan perpecahan itu perlu demi membina Palestin yang baru.Yang salah tetap salah, biarpun ramai pengikut. Ketaksuban boleh meretakkan perpaduan yang selama ini menjadikan Palestin kuat.KOMIK GAZA MINI #3: Duka Palestin Saat Jatuhnya Empayar Islam"Anak orang Yahudi yang baru pindah masuk? Maksudnya ada orang Yahudi yang bina penempatan baru dekat kawasan inikah?Tapi bukankah kerajaan sudah tetapkan kawasan ini sebagai kawasan penempatan rakyat Palestin?"Di bawah pimpinan Sultan Abdul Hamid II, tanah suci Palestin terlindung daripada pelbagai ancaman luar yang memerhati.Namun, dalam diam, ada komplot jahat yang sedang dirancang musuh bagi menggulingkan khalifah berwibawa tersebut.Apakah yang akan terjadi kepada Palestin sekiranya iakehilangan penjaga yag selama ini menghalang kemaraan pihak musuh?KOMIK GAZA MINI #4: STRATEGI LICIK BRITISH MERAMPAS PALESTIN"Aku hanya mahukan sebuah negara rasmi untuk bangsa aku - Yahudi, dan negara itu ialah Palestin."Semenjek Sultan Abdul Hamid II digulingkan, tanah Palestin telah hilang pelindungnya. Pihak British mula memainkan strategi licik bagi memenangi perang dunia pertama ketika itu - dengan menjanjikan tanah Palestin sebagai ganjaran.Komik Gaza Mini #5: Mimpi Ngeri Rakyat Palestin"Beersheeba, Hebron, lari!!" teriak Gaza, apabila tanah Palestin mula dimasuki tentera British.Siapa yang melawan, akan ditangkap! Rakyat jadi gempar apabila tanah Palestin dikuasai British. Yang tinggal buat orang Arab hanyalah janji kosong. Malah, rakyat ditekan dengan peraturan yang zalim, dan tanah-tanah Palestin pula dijual kepada Yahudi Israel.Akibat rampasan kuasa tersebut, Gaza tercedera, Jerusalem ditangkap, dan kedai keluarga mereka diugut oleh tentera British.Komik Gaza Mini #6: LAHIRNYA HARAPAN BUAT PALESTIN"Sebelum ini aku percayakan kau. Kemudian apa kau buat? Kau khianat!" Jerusalem mengungkit."Kalau aku boleh undurkan masa, aku akan betulkan semula kesilapan aku yang lalu," Ulza meluahkan kekesalan.Apabila bangsa Arab tersedar British dan Yahudi Zionis hanya memperalatkan Gerakan Nasionalis Arab untuk merampas Palestin, mereka bangkit menentang.