About this product
- Jenis Halaman Kulit:Kertas kerja
Product description
Tajuk: Introvert Juga Mampu Berjaya
Introvert Juga Mampu Berjaya adalah sebuah buku dorongan dan penjelasan definisi serta fungsi introvert dalam komuniti masyarakat maju. Setiap personaliti mampu menempa kejayaan dengan cara tersendiri. Personaliti tidak perlu diubah, permahaman dan pegangan yang wajar difahami dengan betul. Ya, introvert sememangnya mampu berjaya.
Tajuk: Seni Bahagia Menjadi Introvert
Label antisosial, tidak ada kawan, kekok dan kaku atau sombong cenderung untuk melekat kepada seorang introvert. Itu belum lagi kebiasaan terlebih berfikir (overthinking) yang dianggap kawan-kawan sebagai rumit. Hidup yang sememangnya penuh dengan masalah menjadi semakin berat dengan segala pandangan negatif begitu.
Namun, sama seperti orang ekstrovert, si introvert juga ada kelebihan dan peluang yang sama untuk berbahagia. @sendysaga akan berkongsi apa yang dialaminya sebagai seorang introvert dan caranya untuk berbahagia dengan segala potensi yang dimilikinya.
Tajuk: Quiet (Edisi Bahasa Melayu)
Sekurang-kurangnya satu pertiga daripada individu yang kita kenali adalah introvert. Mereka adalah golongan yang lebih suka mendengar daripada bercakap; suka berinovasi dan mencipta tetapi tidak suka mempromosikan diri; lebih suka bekerja sendiri daripada bekerja dalam pasukan. Kita semua berhutang budi kepada ramai golongan introvert ini seperti Rosa Parks, Chopin, Dr. Seuss, Steve Wozniak atas sumbangan besar mereka kepada masyarakat.
Tajuk: Pendiam? Memahami Personaliti
Penerbit: IMAN Publication
Biasanya, kita akan lihat ada dua jenis orang di sekeliling kita. Satu ialah Ekstrovert - yang tampil yakin bercakap, lebih terkehadapan, dan dikenali ramai orang. Satu lagi ialah Introvert - yang kelihatan pasif, pendiam, dan jarang-jarang mengikuti sebarang aktiviti sosial.
Adakah menjadi Ekstrovert lebih baik daripada Introvert? Benarkah Introvert perlu ubah diri menjadi lehih Ekstrovert agar lebih berjaya pada masa hadapan?
Tajuk: KEKOK: Bagaimana Untuk Mendengar, Memahami & Memberi Respons Apabila Perlu
Penerbit: IMAN Publication
Apa sebenarnya yang patut kita lakukan sebagai pendengar? Bilakah waktu yang sesuai untuk kita hanya diam mendengar atau beri nasihat? Adakah cukup kita membantu dengan hanya mendengar?
Menjadi pendengar memainkan peranan yang penting kepada si peluah masalah kerana dia rasa didengari. Kita mendengar untuk memahami, tidak semestinya untuk memberi respons.