Buku Bacalah Sayangku ditulis berdasarkan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (Semakan 2017) dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Tahap ! yang digubal oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK). Buku ini dihasilkan bagi membantu kanak-kanak mengenal dan membaca suku kata serta perkataan dengan sebutan, intonasi dan kelancaran yang betul. Pengajaran asas membaca dalam buku ini ditulis secara berperingkat-peringkat daripada yang mudah kepada yang sukar.
Ciri-ciri buku ini:
Suku kata berwarna untuk memudahkan kanak-kanak membaca
Ilustrasi yang menarik untuk memupuk minat kanak-kanak membaca
Perkataan dan ayat yang diolah mengambil kira pengalaman dan kematangan kanak-kanak
Menerapkan nilai-nilai murni untuk membentuk peribadi dan konsep diri yang positif
Aktiviti yang dapat menggalakkan kemahiran kognitit untuk kanak-kanak berfikir berdasarkan kematangan emosi dan kematangan sosial