About this product
Jenis Halaman KulitKertas kerja
BahasaBahasa Melayu
Brandiman publication
Product description
Ammar atau lebih dikenali sebagai AIMER ingin menjadi seorang atlet e-sukan profesional dan bercita-cita untuk bertanding di peringkat antarabangsa. Kini, dia adalah antara 100 pemain terbaik di Asia Tenggara dalam permainan ‘MobileSatria’.
Demi mencapai impiannya, Ammar telah menumpukan sepenuh perhatian dan masa untuk bermain game. Dia hilang minat dalam pelajaran sehingga prestasi akademiknya merosot teruk.
Keadaan itu mengakibatkan ibu bapa Ammar terpaksa mengambil langkah drastik–melarang Ammar daripada terus bermain game dan memfokuskan sepenuh masa untuk belajar.
Namun, kekalahan Ammar kepada Raja Akmal telah memaksanya menyertai pasukan baharu secara rahsia. Selain wajib mengikuti jadual latihan yang ketat, Ammar juga perlu konsisten belajar dan bersukan untuk meningkatkan fokus dan stamina.
Mampukah Ammar untuk terus bertahan dan meyakinkan ibu bapanya supaya dapatmenyertai pertandingan sekali gus merealisasikan cita-citanya untuk menjadi seorang atlete-sukan profesional?
Delia--seorang veterinar yang sangat profesional dan penyayang ketika memberikan rawatan kepada haiwan-haiwan memerlukan. Dia bekerja di Klinik Veterinar Adelia, yang dimiliki Delia bersama kembar lelakinya, Addy.
Namun, semakin hari Delia berasa semakin tertekan apabila terpaksa berhadapan pelbagai kerenah pemilik-pemilik haiwan itu.
“Kenapa arnab saya tiba-tiba mati? Doktor tolonglah selamatkan arnab kesayangan saya tu!”
“Saya sebenarnya tak mahu dah bela hamster tu. Doktor jagalah atau jual saja!”
Situasi yang menekan itu membuatkan Delia rasa keseorangan. Usahanya seakan tidak dihargai, seolah-olah dia seorang saja mahukan yang terbaik untuk haiwan-haiwan yang dirawat.
Adakah Delia mampu terus bersabar dan mencari semula kegembiraan dalam bekerja sebagai seorang veterinar?
Sufi--seorang sous chef di sebuah restoran 5 bintang bercita-cita membuka restorannya sendiri. Demi mencapai impiannya menjadi seorang chef yang pantas dan mahir, Sufi terpaksa mengorbankan masa bersama keluarga.
Tanpa diduga, ibu bapanya terlibat dalam sebuah nahas kemalangan jalan raya lalu meninggalkan Sufi sendirian untuk membesarkan adik perempuannya.
Sufi akhirnya bertekad membuka perniagaan trak makanan untuk menyara keluarga. Namun,segalanya mula terlerai. Rupanya, memulakan perniagaan tidaklah semudah yang Sufi sangka, ditambah pula masalah hubungan dengan adik yang masih dingin.
“Kalau abang tak sibuk sangat kerja pada hari tu, mesti papa dan mama...
Mampukah Sufi dan adiknya berdamai? Bagaimana pula dengan cita-cita Sufi untuk membuka restorannya sendiri--adakah akan tercapai?
Akbar — seorang guru muda bervisi besar. Sebaik sahaja ditugaskan sebagai guru Tingkatan 4 Saga, dia sudah teruji apabila pelajarnya, Nadim sudah sebulan tidak hadir ke sekolah.
Menurut Ikram, Nadim tidak hadir gara-gara tidak tahan dibuli Furqan. Berang dituduh, Furqan yang panas baran langsung membelasah Ikram. Tidak semena-mena, Cikgu Akbar turut terkena tempiasnya.
“Tapi kalau cikgu tak jumpa Nadim, lambat-laun keadaan akan jadi lebih buruk untuk dia juga.”
“Pelajar kelas saya bakal dibuang sekolah, itu awak kata bukan urusan saya?”
Risau akan keadaan pelajarnya, Cikgu Akbar bertekad untuk menyelesaikan kes buli di kelasnya supaya Nadim dapat kembali ke sekolah.
Apakah punca sebenar Nadim tidak hadir ke sekolah? Mampukah Cikgu Akbar menyelesaikan masalah pelajarnya dengan adil?
Sikap Doktor Johari yang ikhlas dan peramah membuatkan beliau disenangi oleh semua penduduk Kampung Batu Tenggelam tanpa mengira umur dan bangsa. Walaupun beliau merupakan satu-satunya doktor yang berkhidmat di kampung itu, Doktor Johari tetap gigih dan berjaya memenuhi keperluan semua penduduk. Sehinggalah pada suatu hari, banjir besar berlaku. Akibatnya, kemalangan terjadi di mana-mana. Bantuan dari bandar pula tersekat. Lambakan mangsa kian memenuhi ruang klinik yang kecil. Buat pertama kalinya, pasukan kecil Doktor Johari terpaksa menangani krisis sebesar itu. Keadaan menjadi semakin keruh apabila klinik kekurangan staf dan peralatan untuk merawat. “Mampukah kita?” Seorang staf klinik menyatakan kerisauan. “Kita diberi amanah, dan kita akan tunaikan amanah kita.” Mampukah Doktor Johari dan pasukan kecilnya bertahan sehingga bantuan sampai?
Imran merupakan seorang pegawai psikologis klinikal berpengalaman. Tidak cuma berdedikasi, sikapnya yang ceria dan tenang juga membuatkan staf dan klien menyukainya. Suatu hari, Imran telah dirujuk seorang klien bernama Katrina Damia, seorang gadis pempengaruh (influencer) kecantikan yang terkenal. "Sampai satu tahap, saya tak boleh tidur malam. Saya menangis bila fikir kenapa ada yang benci sangat dengan saya." Oleh sebab kerisauan melampau yang dialami Damia, Imran telah mengatur pelan terapi khusus untuknya. Pada awalnya, sesi terapi berjalan lancar, namun pada suatu hari Damia tidak lagi menghadirkan diri. Lebih merisaukan, Damia sebenarnya telah didiagnosis mengalami Anxiety Disorder. Apakah yang menyebabkan Damia tiba-tiba berhenti? Mampukah Imran meyakinkan kliennya agar meneruskan sesi terapi?