Product description
Siri Aktiviti Didik Riang Prasekolah direka khas untuk membantu kanak-kanak meningkatkan kemahiran bahasa dan kognitif, di samping mengasah kemahiran berfikir secara kreatif dan inovatif. Siri buku ini juga memupuk nilai murni dan membudayakan kesedaran sivik dalam kehidupan seharian kanak-kanak.
Kelebihan siri buku aktiviti ini:
-Latihan secara berperingkat yang menepati keperluan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KPSK) terkini
-Tema dan topik yang bersesuaian dengan pengalaman kanak-kanak
-Sudut projek yang mencetuskan rasa ingin tahu serta membantu memantapkan kemahiran dan pemahaman
-Latihan yang membina dan mengasah kemahiran abad ke-21 serta membantu melahirkan murid yang berfikiran kreatif,kritis dan inovatif melalui aktiviti Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan penggunaan peta i-THINK
-Kod QR bagi bahan pembelajaran interaktif seperti carta, animasi dan lain-lain.
Buku Aktiviti Didik Riang Prasekolah
-Kod QR Bahan Pembelajaran Interaktif
-Bonus (Buku Aktiviti Pengayaan)