"Janji yang abang akan kembali pada ibu. Sebab abang nyawa Ibu" - Raudah
"Saya harap dia tak menyesal ada ayah macam saya." - Faizal
"Terima kasih kerana selalu ada dengan aku."-Fahim Luth
"Selagi hati ini tidak berbolak-balik, selagi itulah perasaan aku sama untuk dia." - Nurul Huda
Dia, Iskandar Dzulkarnain, didiera sejak kecil oleh si ayah dan dibelai penuh kasih oleh si ibu.
Pendewasaan membawa dirinya jauh hanya kerana tidak mahu tubuhnya terus diseksa.
Keluarga, persahabatan dan cinta diharap malar namun fitrah hidup ini tiada yang kekal.
***
Diolah daripada karya asal "Aku, Iskandar Dzulkarnain" yang telah mencapai 100 ribu jumlah bacaan di Wattpad.