Daun kari yang memiliki aroma tersendiri dijadikan bahan masakan khususnya untuk hidangan ala India seperti gulai kari.
Selain itu, ia turut dimanfaatkan untuk tujuan kesihatan terutama bagi pengamal Ayurveda kerana dipercayai mempunyai kelebihan seperti anti diabetes dan anti oksida selain berupaya melindungi hati daripada kerosakan.
Antara khasiat pemakanan dipercayai terkandung dalam daun kari adalah karbohidrat, tenaga, serat, kalsium, zat besi, mineral dan pelbagai vitamin seperti C, A, B dan E.