Scratch 2.0 merupakan satu perisian aplikasi untuk memahami jujukan arahan dalam pengaturcaraan. Program ini menjadi popular selepas pengenalan program Asas Sains komputer pada 2017 di seluruh sekolah rendah dan menengah di Malayisa. Scratch 2.0 membolehkan murid membina cerita animasi dan permainan mudah. Buku ini menerangkan langkah demi langkah cara menggunakan Scratch 2.0 supaya murid memahami asas pengaturcaraan sebelum murid mendalami peringkat lanjutan mahupun menggunakan perisian pengaturcaraan sebenar.