Product description
SENANG TUMBUH DAN MUDAH DIJAGA
USIA BOLEH CAPAI HINGGA 2 TAHUN
Buah ini mengandungi antioksidan yang membantu melawan bahan yang merosakkan sel-sel di dalam badan iaitu radikal bebas. Kehadiran antioksidan mampu mengurangkan risiko mendapat penyakit kronik seperti sakit jantung dan kanser.
Antioksidan utama yang terkandung di dalamnya adalah anthocyanin.
Terung adalah sumber yang kaya dengan sebatian fenolik yang berfungsi sebagai antioksidan. Tumbuhan ini membentuk sebatian yang berperanan melindungi diri daripada tekanan oksidatif daripada pendedahan kepada elemen dan jangkitan bakteria dan kulat.